03 February 2010

Dead.

. yesterday i saw him .
. alive .
. but now, he's dead .
. innalillah .
. semoga dia ditempatkan di kalangan yang beriman .
. he left behind a widow with no children .
. cause of death : unknown .
. perhaps frightened to death .

. i told myself .
. not to mourn .
. not to cry .
. not to blame myself .

to the killer :

. i swear i'll ask for revenge .
. satu, sebab kau bunuh dia tanpa belas kasihan .
. dua, sebab kau dah tukar profession aku .
. aku dah jadi penggali kubur sekarang .
. tiga, sebab aku terpaksa keluarkan duit beli batu nesan .

. aku tak akan maafkan kau .
. walau beribu kali kau minta ampun .
. walau berjuta kali kau melutut .
. walau berbillion kali kau solat taubat .
. you're gonna pay for this .
. aku akan jalankan hukum qisas .
. a life for a life .
. get it? .
. d*mn you, encik musang .

mati rabbit aku harga 90 ngget
bayar balik !!!!




GRRRR




31 January 2010

Chee-Chak

. bayangkan situasi ini.

di sebuah dataran yang luas
beribu-ribu ekor cicak sedang berhimpun
mengadakan demonstrasi dan rapat umum
memegang sepanduk, mengikat bendera jihad di kepala2 mereka
semangat memberontak berkobar-kobar dalam diri

angkatan tentera polis tidak kurang juga hebatnya
beratus-ratus anggota turun padang beserta senjata
FRU mengepung dataran sambil alat pemedih mata di tangan
kelihatan beberapa trak polis membawa pergi cicak-cicak extreme yang dikhuatiri dapat mengeruhkan suasana
timbunan ekor-ekor cicak juga diangkut pergi oleh trak DBKL
ada yang terputus akibat dipijak
dan ada yang sengaja diputuskan sebagai tanda protes

di tengah-tengah dataran
kelihatan ketua cicak sedang gah berdiri di atas pentas yang disediakan khas
cukup lengkap dengan sound systemnya
ketua cicak mula mengambil microphone
dan dengan bantuan speaker,
suaranya mula bergema ...

" Wahai rakyat cicak-cicak sekalian.. hari ini kita berhimpun di dataran ini, tidak lain dan tidak bukan, semata-mata untuk mempersoalkan bagaimanakah kita mampu meneruskan kehidupan kita sedangkan kita hanya mampu merayap tetapi semua mangsa makanan kita bersayap ? Ini tidak adil ! Kita sepatutnya diberi sayap untuk memudahkan kita untuk mencari makanan. Jika tidak, kebuluran lah kita !! "

lantang sang ketua cicak berbicara
baginya, keadaan sekarang ini perlu diubah
keadilan patut ditegakkan untuk masyarakat cicak

seruan ketua cicak disahut oleh rakyat sekeliannya
"kami mahu sayap!"
"kami mahu sayap!"
"kami mahu sayap!"
"takbir!!"
"allahuakbar!!"

begitulah suasana tegang yang berlaku ..
.
.


namun persoalannya, pernahkah anda melihat keadaan sebegini?
pernahkah anda lihat ribuan cicak berhimpun di dataran merdeka?
mahupun di hadapan masjid negara?
tidak pernah, bukan?

ini kerana, keadaan tersebut tak pernah dan tak akan terjadi
mereka (cicak) sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada
walaupun tak dikurniakan sayap, tetapi mereka diberi kelebihan yang lain untuk meneruskan kehidupan mereka dan untuk memburu mangsa

mereka dikurniakan lidah yang panjang
yang mampu menangkap setiap mangsa yang leka
meskipun dalam jarak jauh 1 meter

mereka dikurniakan pelekat ajaib pada tangan dan kaki mereka
yang membolehkan mereka memanjat dinding2 rumah
cicakman pun kalah

mereka tak pernah mempersoalkan kenapa mereka dijadikan sedemikian
mereka redha, mereka akur

tetapi kita?
kita kerap kali mengeluh dan sering bertanya
"kenapa aku dijadikan begini begini, sepatutnya aku begitu begitu.."
kita memprotes ciptaan Allah
kita mempersoalkan kejadian-Nya
kita patut bersyukur
kerana dilahirkan sebagai seorang manusia
sebaik-baik kejadian.
sempurna.


renung-renungkan.
dan selamat beramal ~



10 January 2010

- __ -

tension tension tension !!
layout gila. template gila.
aku pun gila

wey blog, apa masalah kau hah?
kau naikkan blood pressure aku tau tak..

pening pening.
rasa macam nak delete saja
baru padan muka!

17 December 2009

Dah Lima Tahun ..

hari ni 17 disember. the day after spm. hari ni orang dah start buat macam2. ada yang qadha' tidur, ada yang qadha' game, ada yang pegi shopping sampai gila, ada yang pegi camping kat alang sedayu, macam-macam... biaselah, budak baru habis spm. semua jakun.

sebulan dulu, kita rasa. wargh. lamenye spm. 5 minggu? nak bunuh orang ke ape? ni keje muhyidin yasin la ni bla bla bla.. tapi semalam. eh? dah habis? aku mimpi ke ape ni?

itu baru sebulan. tapi sedar atau tak, kita dah 5 tahun di sekolah menengah islam al-amin. dah tua tapi tak sedar diri. rasa macam kejap gila. tapi bila imbas kembali :

masa kita form 1.

  • igt tak dulu kita semua muka toya. muka innocent. kita masuk sekolah dengan lipat tudung senget dan macam indon. pakai kopiah tutup mata. kita tak perasan kita nampak hodoh. kita ingat senior2 senyum dekat kita sebab kita comel. kita tak faham apa2.
  • igt tak kita dulu semua kecik2 tembam2. sekarang semua dah tinggi dan segak bergaya. aku sorang je tak tinggi-tinggi. hahahahaha
  • igt tak dulu 1 tabari conquer tempat teratas dalam carta kebersihan. tapi kita sendiri tak tau kenapa.
  • igt tak dulu kalau ust hasli masuk kelas, 5 minit kompem semua lentok. bila ust tanya, "ok?" kita jawab, "ok....." dengan mata kuyu yang hampir terpejam. kesian ust. kita jahat kan dulu. tapi bila guru pentaksir dtg, kita semua berlakon belajar dengan tekun. hebatlah tu konon.
  • igt tak dulu kita semua suka ikut tagline, " aa .. sikit lagi sikit lagi " dengan mimik muka yang macam nak terkentut. kesian tuan empunya tagline. haha
  • igt tak dulu cegu arash bagi kerja sejarah suruh siapkan masa cegu takda. tapi kita igt cegu main2. kita tak buat pun. sekali cegu masuk. semua kena lari pusing dataran 5 kali tengah2 panas. kecuali azlina dan muizzah. tapi kita masih tak serik.
  • igt tak dulu kita main lastik2 dalam kelas. banin lah. suka hati main baling2. sekali kena panggil dengan abang senior. kena ikrar, "kami berjanji takkan main lastik-lastik lagi". entah berapa kali ayat itu diulang. kesian.

kemudian, kita naik tingkatan 2. kita semakin matang. tapi,

  • igt tak dulu kita main air dalam kelas pakai botol. selamba dan tak kesah apa. cegu zalina dapat tau. semua kene hadap ke muka pengadilan. akibatnya, kita kena basuh toilet ramai2. best!
  • igt tak dulu kita kena lari panjat sekolah. i mean, pakai tangga. bukan abseiling. kita kena lari bersungguh supaya dapat pergi xpdc. kita igt xpdc tu bunyi macam best. mmg best pun. kita terpaksa naik turun naik turun sekolah sampai lebam. tapi masa tu semangat kita terlalu tinggi untuk dipatahkan. eceh. tapi tak semua yang pergi. ada yang malas, ada yang tak larat, ada yang pegi kenduri kawin, ada yang.. haih. macam2.
  • igt tak dulu kita berjaya tawan puncak gunung hijau. semua muka bangga dan kembang hidung bila sampai kat atas. dah rasa macam tawan gunung everest. tapi masa perjalanan turun kita diberi ujian. jumpa2 macam. siap dengan kes org hilang lagi. tapi itu yang ajar kita bekerjasama.
  • igt tak dulu dekat belakang kelas 2 hab ada nama2 yang ditulis. tapi ada lah makhluk-makhluk perosak yang pegi conteng nama2 tu. mmg menyirap betul time tu. rasa macam nak pakai ridsect bunuh makhluk-makhluk tersebut. ridsect, tak beri peluang kepada nyamuk.
  • igt tak dulu masa tasawwur kita main kuiz2. kita memang hebat masa tu. semua kreatif dan inovatif. ada yang buat ala2 kunci khazanah la roda impian la. mantap. lepas tu main macam nak roboh sekolah dibuatnya.
  • igt tak dulu ada yang membuat pembakaran terbuka di kelas 2 sat. nak practise jadi bomba agaknya.

kita semakin besar. kita naik tingkatan 3.

  • igt tak dulu kita baru nak tubuhkan batch. kita gaduh2 pilih nama .. matang 15 la ape la.. semua nama tak matang langsung. haha. tapi akhirnya, ikhwanul fifteen pilihan hati.
  • igt tak dulu kita suka gaduh2. bukan gaduh tapi terpaksa. haha. kita tak puas hati dgn pengurusan batch. kita tak puas hati dgn arep. kita bangkang bila mereka nak buat katibah. semua kita tak suka.
  • igt tak dulu .. aku pun tak ingat apa jadi masa form 3. lu pikir la sendiri. haha

masa berlalu. kita semakin dewasa. boleh berfikir dengan matang. kita sudah form 4

  • igt tak dulu f4 la masa penuh ujian dan dugaan. kita baru belajar erti kedewasaan. cewah. kita hadapi konflik2 yang cukup hebat.
  • igt tak dulu f4 gaduh memang hobi kita. kita tak pernah puas dengan apa-apa yang berkaitan dengan wafdul amin. kita marah2. ajk itu.. ajk ini... mmg tak pernah puas ati. tapi kita tak tolong. kita buat derk. tapi kita marah. pelik. tapi itu sebahagian sahaja. ada yang menolong dan berusaha walau dikecam hebat. memang tabik ah.
  • igt tak dulu kita kena buat oral. kita berlakon sampai tak ingat orang. ketuk2 kepala orang. tapi aku rasa aku sorang je macam tu. T~T
  • igt tak dulu kita berjaya sampai di kampung beng bersama2. kemudian kita naik bot. semua jakun. main celup2 air macam kerbau tak pernah jumpa air. kita goyang2 bot tu. konon nak takutkan orang. tapi sendiri yang takut. kita duduk bersama keluarga angkat kita. kita makan makanan yang tak pernah kita makan. kita pergi mandi air terjun. kita pergi memancing. kita pergi lawat rumah2 orang malam-malam. kita dengar kugiran. kita masak ramai2. kita macam-macam. walaupun wafdul amin berjalan dengan tak berapa lancar, tapi w.a. tetap tinggalkan kesan yang mendalam kepada kita.

dan akhirnya.... kita menjejakkan kaki ke alam senior, tingkatan 5. kita ingat form 5 boleh buli adik2. tapi tak, lagi kena jaga ada lah. kita terpaksa berlakon baik sebab semua pandang kita. kita dah tak nakal. semua macam matang semacam. bosan. haha. semua belajar dengan tekun kecuali aku. tak tak. segelintir sahaja yang belajar betul2 sebab ramai lagi yang main2. semua tak sedar diri. bajet spm jauh lagi. sedar2 esok dah spm. baru nak cuak.

tapi tingkatan lima lah yang banyak mengajar kita. susah senang semua kita hadapi bersama. hulurkan tangan ringankan beban. bersamamu. kenangan terlalu banyak untuk diingat kembali. some remained untold while the rest is history..

huuuhuuuu.. dah2. aku dah sebak ni. haha

26 August 2009

Menyirap sungguh !!

dah dkt trial pn smpt lg nk berbelog. haih~ haha
takpe, aslkn dpt melepaskn tension dan dendam kesumat dlm hati ..

nih nak cerita ..
alkisahnya..
tadi tgh syok2 tgh 'phineas and ferb'(katun feveret),

Ting Tong.!
loceng berbunyi..
dgn penuh kemalasan, tpaksa digagahkan kaki membuka pintu..

terpampang di muka gate, seorang mat despatch nganto surat..
(muka dia serius mcm serial killer).
haha, haih. pose2 tak baik ngutuk. tp kutuk die takpe sebab ade ke patut die tanya. ..

"Err.. akak ni pembantu rumah ye?"
tak ke panas membara hati jadiknye? suka hati kau menjatuhkan darjat aku sebagai seorang warganegara malaysia yang sah...
ikutkan hati, mau je balas,
"Pakcik ni serial killer ke?"
tapi takpe, nasib baik bulan puasa. sabar sabar.

apabila dilihat gayaku yang semacam kekok dan blurr lagi menyirap dan tak menjawab soalan yang dia tanya, dia bertanya..

"Suami akak takde kat rumah ke?"

lagi la... muka dah merah.. menyirap sungguh.. ade ke patut..
aku nih dah la sikit punye kecik, kau dengan selamba kata aku dah kahwin ?
astaghfirullah... astaghfirullah ..
apa muka aku ni nampak macam nenek sebelah rumah kau ke?
hati membara tak payah cakap.. memang rasa nak pelangkung je mamat tu..
kalo hensem, takper la jugak. tp ni , haih ~~memang makhluk tak sayang nyawa betul..

lepas sain borang, aku terus masuk rumah dan hempas pintu (tanda protes!!)..
haha, gerammmmm.. gerammmmmmmm tahu takkk ???!!!



*post ini dibuat untuk melepaskan geram semata2. ayat agak kasar sebab tgh menyirap. harap maaf* =)

23 August 2009

Tukar tukar ..

I've changed my template.. =)

Nk buat blog baru sbenarnya,
tapi macam malas. Sgt malas. Lps spm nnt lah kut.

Tukar template dulu pn jd lah.
Aslkn dpt lepaskn kempunan nk berblog.
Lgpun tgh obses dgn pelangi.

Hehe =)

06 July 2009

Noktah !

tengok kanan, buku
tengok kiri, buku
tengok depan, buku
tengok belakang atas bawah utara selatan timur barat,
semua orang baca buku
tapi di tangan sendiri?
kenapa tiada buku?

lantas diri memikir,
spm lagi 4 bulan............
maka,

blog perlu di belakang, kerana spm di hadapan
msn perlu di belakang, kerana spm di hadapan
game perlu di belakang, kerana spm di hadapan
tidur dalam kelas perlu di belakang, kerana spm di hadapan
main kejar2 perlu di belakang, kerana spm di hadapan
lepak makan aiskrim perlu di belakang, kerana spm di hadapan
balik awal perlu di belakang, kerana spm di hadapan
sak kepal perlu di belakang, kerana spm di hadapan

namun, apa yang penting ialah apa yang berada di hadapan spm.
mungkinkah sebuah kejayaan atau sebaliknya? dan mungkin juga..
PLKN.

usaha tangga kejayaan.
fake it till u make it.

*tiada lagi perblogan selepas ini, kita jumpa selepas SPM.
Noktah.

27 June 2009

O.K.A.P.I.


Pernah lihat binatang berkaki zebra berbadan kuda berkepala zirafah tapi pendek sikit?

Nah, lihatlah, Encik Okapi!!
[ Genus n Species name : Okapia johnstoni ]



Kejadian Allah yang menakjubkan. Subhanallah.

Yesterday .. ?

yesterday ..
is the day we should always remember,
the day that rained heavily,
the day that 'solat jumaat' is held in al-amin's mosque for the first time,
the day that i did my first 'solat jumaat',
the day that all students had their heart-throbbing moments,
the day that we got our results,
the day that our moms said,
" ni belajar ke tak ni? "
the day that we're hoping that computers would not be banned,
the day we realised that we had neglected our responsibilities,
the day of grief and sorrow,
the day of conflicts and complications.

May the day changed us.
Let's strive for excellence!


08 June 2009

Tiada yang lebih pelik dari yang pelik2 belaka..

Pernah tak dengar nama orang pelik2?
Bukan yang common cam aminah, siti, aqilah, aisyah =) tuhh
Tp ni yang pelik tahap kambing gurun sahara,
pernah dengar?
Tak pelik ke dengar name pelik2 dorg tu?
Tak terfikir ke macam mana mak ayah dorg terfikir nak taruk name anak dia macam tu?
Taktahu la memang coincidence ke memang nak perdajal anak dia..
Wallahua'lam..

Tapi hari tu, ayah ngah saya ada cerita..
Orang zaman dulu2 suka letak name pelik2. Orang sekarang pun sama.
Suka je letak nama panjang2, sampai 3-4 patah perkataan.
Isi borang pendaftaran sekolah pun susah. tak cukup petak.
Tapi memang bantai gelak ah dengar..
Guling2..
Mane tak nye, ade ke patut nama dia Muhammad Dakhola Khola Sing Adam Terawih [xtau ejaan sebenar ]
Name betul ni, pecah perut dengar. Hahahahahha

Ada lagi satu, name die "Ikut Ciklah" .. ni sebab pegawai tulis nama tu tanya ayah dia, "Nak letak nama apa?", ayah dia jawab " Ikut Ciklah nak letak nama apa".
Ayah ngah saya kata polis merangkap pegawai pendaftaran zaman dulu belajar sekolah rendah pun tak lepas, nak buat macam mana?

lagi satu dia cerita pasal nama Chek Kut bin Chek Had. rasanya ayah dia tak puas hati name die camtu, maka dia ingin berkongsi kesengsaraan nama cenggitu dengan anak dia.
haha, tu teori sahaja. hakikat sebenar? wallahua'lam.

ada lagi, "Nurul Bahari Saiful Abadi" dengan adik dia "Nurul Qalbiwati", kira normal lah tu. Meskipun sedikit abnormal.
Ada lagi ada lagi... jangan risau. Pernah dengar nama " Cinta Strawberry Abadi" ?
Haa.. tu nama anak Irfan Khairi, jutawan internet tuh.
Shhh, jgn bgtau dia. Kena saman aku japgi. haha

Ada orang kampung umi tuh, nama dia " Bahagia anak Omar ", orang panggil 'Baha' je. Ceh, macam normal je nama. Adik dia nama " Duka Lara anak Omar ", panggil Lara je, glamour ak?. Ala2 Manjalara.. haha

Ada sepupu ayah saya nama "Rujiyatul Muliyadi"..sedap2.. adik beradik dia ada jugak nama, "Krisisiyah Rahmah". Ceritanya, nama diberi sebab time tuh tengah ada krisis antara UMNO dengan PAS, pastu disebabkan krisis tu, ayah dia dapat jadi menteri besar Terengganu. Maka diatas tanda kesyukuran di atas rahmat tersebut, diberi nama tersebut kepada anaknya.
Hm, anak dia, suka hati lah nak letak nama apa kan?? Sedap jugak ape..


Ha, setakat tu jer la rasanya kut. Ada tambahann?


p/s : Nama2 yang disebut adalah realiti, bukan rekaan. Tujuan saya menulis post ini adalah untuk menghargai keunikan nama2 ini yang tidak ada pada nama2 lain. Mohon sepuluh jari jika ada sesiapa terasa.

03 June 2009

WOI !! agak2 ahh .. !!

haa.. comment my header pls. =)
bagi komen yang membina je ye, takpayah kutuk.
kalau huduh, senyap2 sudeh, XD
.
.
.
.
*jangan cepat terpedaya dengan tajuk*

30 May 2009

CUBA RASA !!

bayangkan analogi ini,
anda ambil sebilah pisau cukur cap gilette,
selepas itu anda hiris dua pertiga hati anda dengan pisau tersebut,
dan orang di sekeliling anda terus meng'support' pembedahan hati anda dengan membekalkan supply limau nipis yang cukup,
kemudian mereka perahkan limau itu di atas hati anda hari demi hari,
apa anda akan rasa ??!!
bayangkan ...






itu yang saya rasa

23 May 2009

M.A.X.E. ~!! read it vice versa =)

hari ni hari ke .. jap.
1,2,3,4,5,6.. hah. hari ke enam peperiksaan semester I tingkatan lima yang cukup mencabar.
tinggal lagi 5 subjek, 4 hari, 12 paper. !! = . =

baiklah anak-anak,
sebelum kita teruskan peperiksaan,
mari kita buat suatu ujian yang menguji memori kita..!
anda bersedia ??
naah, ini soalannya....

1." Tuliskan 10 perkara yang anda suka ketika menghadapi peperiksaan " [ 20 markah ]

1. Dapat baca doa ramai2. Amin ramai2. berkaat
2. Berjaya membuktikan bahawa pencilbox sebenarnya tiada guna. haha
3. Add math begitu senang! Kertas jawapan begitu bersih, suci dan murni..
4. Akhirnya dapat memanfaatkan sepenuh masa membaca buku!! ceh ceh
5. Masa selepas setengah jam pertama ialah masa mengqadha' tidur
6. Angin dari tingkap yang datang sungguh mengasyikkan, tapi tu pun kalau manusia2 penghalang di depan dah keluar, baru boleh rasa. Baru ku tahu selama ni manusia2 itulah yang menyebabkan aku kepanasan setiap hari terutamanya kapal layar. Cheese
7. Dah2.. jawab 6 cukup. dah dapat 12 markah, cukup ah tu nak lulus. =)


2. " Tulis 10 perkara yang anda benci ketika peperiksaan " [ 20 markah ]

1. Panas
2. Panas
3. Panas
4. Panas
5. Panas
6. Panas
7. Panas
8. Panas
9. Panas
10. Panas
11. Panas
12. Panas
13. Panas
14. Panas
15. Panas
* Cegu ! Nak kertas kajang lagi.. ! *


Unjuran keputusan peperiksaan :
Soalan berjaya dijawab : 7/20 [ jawapan berulang tak dikira ]
Markah yang diperuntukkan : 2 m/soalan
Markah berjaya dikutip berdasarkan soalan : 14/40
Peratus pemarkahan : 35 %
Gred : 9G - Sah GAGAL !
GPK : 10.0

Analisis keputusan sebenar :
Soalan dijawab dengan tepat : 0/20
Markah diperuntukkan : 2m/soalan
Markah berjaya dikutip : 0/40
Peratus pemarkahan : 0 %
Gred : Takyah cite ah
GPK : Lu pikir la sendiri.


Keputusan anda pula bagaimana?

09 May 2009

Aku Kehilangan Kau.

hari ini aku kehilangan kau.
aku kehilangan kau, teman baikku
yang sentiasa berada dgn aku, yang sentiasa temani aku, yang sentiasa bersama aku
aku sayang kau
tapi aku terpaksa terima hakikat yang aku kehilangan kau hari ini.
kau tinggalkan aku.
tanpa kata. tanpa nota. tanpa amaran.
aku tahu aku bod** kerana aku masih mengharap kau kembali
aku masih mahu kau disisi
aku tak mahu kehilangan kau
aku tak boleh TERIMA hakikat ini !!

kenapa? kenapa kau tinggalkan aku sesingkat ini?
aku tahu kita baru berkenalan beberapa minggu
tapi bagi aku, kau sudah seperti lama aku kenal
aku suka bersama kau, kawan2 aku juga senang dengan kau
kerana kau cantik,comel. hensem pun ada

tapi tempoh persahabatan kita.. mengapa begitu singkat ??
aku tak puas hati.
aku mahu bertemu kau lagi.
aku rindukan kau.
aku rindu MASA kita bersama.
MASA itu tak mungkin berulang tanpa kau.
kerana hanya kau mampu beri aku MASA itu.
kau beri aku petunjuk tatkala aku terkapai2 tanpa bantuan.
aku mungkin terlena tanpa kau
aku mungkin lalai tanpa kau.
kau !

tapi aku sedar.
kau tiada lagi di dunia ini.
kau tiada lagi untuk bimbing aku supaya aku tak lalai.

tepat jam 3:56:50 pm. kau tinggalkan aku.
semalam, kau masih ada bersama.
tapi hari ini?
aku tak sangka kisah kita bakal melabuhkan tirainya

petang tadi,
aku lihat adik aku keluarkan kau dari tempat itu.
aku lihat mayat kau terbujur kaku.
wajah kau seolah2 kabur.
kau lemas, tubuh kau basah.
aku cuba goncangkan kau!!
aku cuba!!
tapi..
kau tetap kaku. kau tidak berganjak walau sedikitpun
kau tidak bergerak
kau tidak memberi RESPON !
aku tergamam.
akhirnya...
adik aku memberitahu aku bahawa kau sudah tiada.
kenapa aku lupa nak buat CPR dekat kau??!!


tahukah kau betapa hancurnya hati aku tatkala itu?
betapa berkecainya harapan aku selama ini?
betapa pilunya hati aku mengenangkan kau.
aku mula berlinangan air mata
aku diselubungi perasaan sebak dan kesal.
aku patah hati

selama ini, tak pernah aku hargai kehadiran kau
aku sangka kau teman biasa
tapi rupanya tidak,
aku terlalu menyayangi kau sebenarnya, cuma aku tak tunjukkan.
aku tahu
tak pernah aku jaga kau seperti menatang minyak yang penuh
tak pernah aku sayangi kau sepenuh jiwa ragaku
tidak ku sangka kelalaian ku menyebabkan kau pergi..
SELAMANYA ...

maafkan aku.
ini semua salah aku.
aku yang tinggalkan kau
terdampar ,
berenang sendirian..
di dalam..













WASHING MACHINE itu ..
maafkan aku, duhai ahmad jam bin jalur-jalur bin kale2.




jangan lupa datang tahlil 7 hari 7 malam nanti.

01 May 2009

Sahabat Imaginasi .. ??!!

sahabat imaginasi ? ape tu?
lah buat2 xtau lak. sahabat imaginasi a.k.a imaginary friend. ahahaha
ingat lagi x, zaman kita kecik2 dulu..
mesti ada imaginary friend kan? sapa takde tu mmg rugi. kasihan
ingat lagi x, mcm mana kita selalu main dgn 'dia' dulu?
mcm mana rupa 'dia'?
cuba imbas kembali. ~

kt sini saya nak berkongsi sedikit cerita psl imaginary friend ni.
time kecik2 ada jugak la kwn seperti ini.
igt lagi, nama dorg, ati dan ajol.. dua 'org' tuhhh ! hbat x? haha
umi kata time kecik2 saya selalu main dengan dorg, mcm ada btol2.
kdg2 org takut jugak tgk saya main dgn ati + ajol.

tapi yang peliknya, buleh plak share imaginary friend dgn adik.
agaknya adik nampak jugak kut ati ngan ajol tu ??
camne eh rupa dorg? huhu. seram2

mmg saya dan adik slalu sgt main dgn dorg, kalo makan mesti ajak dorg makan sama2, dudok sbelah time mkn. sediakan kusi khas utk dorg due. best sgt. =)
lps tu kalau main masak2 dorg mesti ada sama2. tlg masak sekali.
sama juga kalau main rumah2. dorg pn ada rumah dorg. main ziarah2.
menakutkan x? haha

sampai la satu ketika ..
dah lama saya tak main dengan ati dan ajol.
semua org pelik. mana hilang dorg tu?
satu hari,
umi tanya, " mana ati ngn ajol ? "
dengan selamba saya jawab.
" oh, ati dah mati, ajol dah kojol "

hahaha, tu umi yg cerita bila dah besar. saya pun tak igt bila saya jwb mcm tu. haha.

maka persahabatan saya bersama ati dan ajol tamat setakat itu sahaja.
dah lama x contact dorg. hehehe
sampai skrg x igt pn rupa dorg mcm mana.
kdg2 teringin jugak nk jumpa. tapi kalo jumpa, haih, meremang bulu roma . haha
taper la, biarlah ati dan ajol sekadar dalam kenangan.
masa kecik kita pun takkan berulang,kan?. haha

oh, fyi, danial pun dah start ada imaginary friend dia.
namanya "woyi".
dia slalu panggil woyi tu.. siket2.. woyi !! woyi !!
seram gak kadang2 bila dia panggil woyi tu.
takut woyi datang btul2.. haha

rasanya cukup smpai tu je la. kalau nk cerita pnjg2, smpai esok pun x tentu habis lagi. haha
anda pula bagaimana? ada imaginary friend juga?
sila lah berkongsi .. ~


27 April 2009

Selamat Hari Istimewa .. !

Hari ini 27 April 2009.
Selamat Hari Teristimewa buat insan istimewa yang merasakan dirinya istimewa kerana hari ini hari istimewa yang meng'istimewa'kan insan-insan yang istimewa dan terasa amat istimewa kerana hari ini sungguh istimewa !
huh!..
tidak kisahlah apa pun makna hari ini pada anda, ia tetap hari yang istimewa.
bagi saya, hari ini satu titik perubahan yang mungkin kan mengubah sesuatu yang besar . semoga saya tak menyesal atas keputusan ini. Insya Allah.

tapi
Sebenarnya,
SELAMAT HARI JADI buat Hamizah yang sudah mencecah usia 17 tahun! haha.
dan juga buat @#%*#!#$@^&~ .
Selamat hari lahir .
Semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Ingat, lebih tua usia kita, lebih suntuk masa kita untuk dijemput Illahi.

Oh lagi satu, selamat hari tapir sedunia. Marilah kita bersama memartabatkan maruah tapir di mata dunia. X)

25 April 2009

Takrim .. ?!!

alhamdulillah, takrim telah selamat dilangsaikan pada 25 April 2009.
haha, takde yang special sgt pun takrim kali ni. maybe sebab x ramai geng dan rasa kesepian di tengah riuhan orang ramai. XD
tahun lepas punya takrim best je. sbb hampir satu batch ada. riuh rendah jadiknye. ^^
macam biasa lah, orang semua berebut2 ambik hadiah. haha. semua naik pentas muka bajet bagus. bangga lah tu dapat hadiah. =)
kebanyakannya dapat piala pusingan dengan sijil. ade la jugak yang berapa kali dia naik pentas pun taktahu. asek2 muka dia. haha. sape lah tu..
oh ya, rasa nya pihak penganjur tertinggal satu anugerah khas.
buat syahirah ahmad kamal yang berjaya naik ke pentas dan terima hadiah dalam masa 28 saat sahaja ! mantapp ~! [ walaupun org lain ambik 8 saat je ]. tapi tetap berbangga dengan pencapaian hebat itu. tahniah puan tahniah ! ngee

yang paling mengharukan, time part pelajar mithali tuh. pergh, rase nak nanges. haha bajet.
x, serius. serius. heh.
cukup terharu dengan kata ketua pelajar kita tahun lepas,

" Allah hilangkan MENTARI kita, dan Allah beri kita guruh beserta hujan, kita terus menangis mencari dimanakah mentari kita, namun selepas itu, Allah kurniakan sang PELANGI yang lebih indah untuk kita .. " - au kama qal -

ketika itu, terbit satu perasaan jauh di lubuk hati. PERASAAN APAKAH ITU ? entah lah. mungkin tiba2 semangat nak belajar muncul ntah dari mana. rasa macam time tu jugak nak buat semua homework, nak baca buku, nak study group. rasa nak dapat 11A1. rasa nak berusaha 101% ! tapi kemudiannya lenyap. sepi.
biasalah tu. hangat-hangat tahi ayam. haha XP

time part family kak sharifah aminah kat atas pentas lagi syahdu. fuh ~ tahan je air mata dari mengalir. T~T
tetiba terbayang..
macam mane lah keadaannya nanti takrim tahun depan?
terbayang2 wajah2 sang penerima hadiah buat keputusan spm nya. ada yang bangga . ada yang gembira. dan ada jua yang mungkin hanya menumpang gembira. ah! tak sanggup.
terbayang2 wajah rakan2 yang bakal berpisah untuk jangkamasa yang panjang, mungkin juga selama2nya. semua mengambil hala tuju masing2. jumpa lagikah kami? mesra lagikah kami? kenal lagikah kami?
saat itu, kekal lagikah persahabatan ini setelah berabad lamanya berpisah?
suasana persekolahan takkan berulang. ya benar! tahun ni tahun LAST.
dah2..
sebak ni sebak. haha =)



p/s : maaf gambar tiada. mereka tak bagi tangkap gambar. o_0

15 April 2009

~Ini bukan cerita saya~

. cerita ini bukan cerita saya.[sape nk pcaye sile, sape xnak sudah].

. cerita ini berkisar tentang kisah hidup seorang insan yang hanya mahu dikenali sbg Shah Jehan.
. dan juga saudaranya bernama Yam Jehan. HAHA.
~~~~~

. alkisah.. di suatu ptg, mereka berdua bersama seorang wanita dan anak lelaki kecil yang tidak buleh didedahkan identitinya telah pergi ke suatu pusat pemulihan yang terletak di Lesayang kerana Shah Jehan dan saudaranya sering mengadu di atas ketidaksihatan mereka.
. maka pada hari itu, mereka pergi berjumpa tabib [ bukan bomoh. hrp mklum ].
. setibanya mereka di pusat pemulihan tersebut.mereka dapati begitu ramai rakyat2 jelata yang sedang menunggu giliran mereka menemui sang tabib.
. maka dengan rela hati, Shah Jehan dan sanak-saudaranya terpaksa menunggu sehingga hampir sepurnama.
. sedang mereka penat menunggu, akhirnya tiba giliran mereka .
. Seorang tabibah [ muannath ] memanggil nama mereka.. " Shah Jehan !! "
. maka SJ pun masuklah berjumpa sang tabib yang menunggu di satu ruangan di pusat tersebut.
. sang tabib bertanya akan kesusahan yang dialami oleh SJ.
. SJ pun menjawab bhw dia sering mengalami kemerengan otak serta kehempapan dan ketidakselesaan yang melampau.
. Tabib pun berkata : " oh saya faham. anda pegang ini."
. lalu tabib tersebut menyerahkan objek ganjil berbentuk silinder sebesar jari kelingking [btul ke eja?] untuk di genggam di tgn knn SJ.
~~~~~~
. kemudian tabib meletakkan jari tgn kirinya diatas sekeping objek ganjil lagi tapi kali ini ia berbentuk petak berwarna hitam berkilat. seperti scanner lagaknya.
. manakala tgn kanannya mengawal seekor tetikus .
. kemudian keluar di skrin paparan komputernya satu bentuk manusia dan bahagian2nya.
. tabib tersebut meng'scan' melalui gambar tersebut.
. kata tabib tersebut kpd SJ, "jika apabila saya meng'scan' bhgn bdn dan keluar suatu bunyi ganjil ala2 menggosok magnesium strip dengan sandpaper, maka di bhgn tersebut ada sedikit kemusykilan yang perlu diselesaikan".
. SJ menggangguk tanda fhm meskipun dia x brp nak faham.
. tnp membuang masa, tabib tsebut meng'scan'lah.. dan didapati dua tempat berbunyi.
. tabib tsebut meng'zoom'kan bahagian tsebut dan mengenal pasti kwsn sebenar punca kebunyian kepelikan itu.
~~~~~
. kata tabib, SJ mempunyai sedikit masalah 'rapu-rapu' dan juga 'rigmaine' .
. tabib menambah lagi, 'rapu-rapu' SJ mungkin ada jangkitan dari organisma2 takpatut dan 'rigmaine' itu berpunca dari 'tama' SJ yang tidak buleh menerima cahaya Sang Tamahari secara direct. kena pakai sunglasses kut.
. SJ tekejut dan terkilan.[ xpsl2]
. tapi kata tabib, jgn bimbang. insya allah x kronik jika dijaga dengan betul.
. tabib berkata lagi, beliau akan cuba merawatnya dengan gelombang. entah gelombang alpha atau gamma. wallahua'lam.
. maka sang tabib tadi melakarkan suatu petak di bahagian 'rapu-rapu' dan satu petak lagi di kepala SJ di atas skrin komputer tersebut.
. kemudian, kedengaran bunyi gelombang seakan2 bunyi alien mendarat.
. ala2 bunyi Jadoo dalam cerita hindustan tuh.
. SJ sendiri dapat merasai sedikit gelombang kecil sedang berjoget2 di tangannya.
. kemudian setelah habis pemindahan gelombang tersebut, tabib pun meng'scan' skali lagi.
. ternyata 'rapu-rapu' dan kepala SJ tidak berbunyi lagi .
. SJ ketawa riang ^^.
. tapi kata tabib, bukan bererti masalah SJ hilang sepenuhnya. itu hanya sekadar gelombang.
. SJ sendiri tidak tahu fungsinya. hmmmm .
. tabib menambah lagi bahawa dia akan memberi ubat berbentuk kecil seperti telur beduru dan juga 'mind tonic' kpd SJ memandangkan SJ bakal menghadapi satu ujian terbesar dalam hidupnya.
~~~~~~
. selesai sudah tabib memeriksa SJ. kemudian tiba giliran Yam Jehan [YJ].
. cara rawatan nya sama. cuma YJ mempunyai masalah p*t*****y g***d sket. patutlah perangai dia macam itu. HAHA .
. cukup setakat itu. mereka pun meminta izin utk beredar dari situ.
. tabib memberitahu jika tiada perubahan, datang berjumpa lagi dalam jangkamasa 2 purnama.
. tabib juga memberitahu bahawa ada tenaga pengajar di Maktab Perpelajaran Al-Main yang juga turut hadir ke situ.
. Antaranya ialah Ustaz Azizan dan juga Ust Solihin.
. "huh. x sangka. heh~" kata SJ.
. SJ diberi 4 jenis ubat. 1 ubat air yang perlu diminum setiap 15 minit . tapi satu malam dah habis. dan 3 ubat lain dalam bentuk telur beduru kecil2 berwarna putih.
. tapi SJ suka makan ubat tu suka hati dia. tak ikut nasihat tabib. haha.

~~~~~

. begitulah kisahnya. mungkin panjang . tapi ini adalah kisah benar. meskipun ada sedikit mitos yang diselitkan.^^
. saya tidak bertujuan apa2 dengan membawa kisah ini kepada anda. cumanya, meskipun cara pemulihannya sungguh mantap. tapi kita tidak buleh sekadar bergantung pada tabib sahaja bukan? Kita hanya merancang, hanya Allah menentukan. Maka kita perlulah meletakkan tawakkal dan sepenuh pengharapan kepada-Nya Yang Maha Esa.

Pengajaran :
" belajar cara scan orang. haha. xyah amek medic. heh "


Maklumat lanjut :
tanya SJ sendiri. [ tu pun kalau anda tahu la siapa gerangannya ] haha~

10 April 2009

~ Danial dalam Versi yang Lain~

. Apa berlaku bila anda memakaikan tudung mahupun sehelai bandana di atas kepala seorang kanak2 lelaki ? .
. Inilah hasilnyaaa ~ .










. Ini adalah Danial .
. Caption diambil didpn webcam .
. Dia teruja tgk wajahnya memakai bandana .
. Bile tgk gmbar ni balek, die kate ..
" Kakak .."
. die sndiri igtkn gmbar tu gmbar bdk pompuan.
. lol~ .


29 March 2009

Meet 5 Salmanians ..~

Kami keturunan 5 Salman ..~
Kami anak-anak Ust. Isha..
Kami 35 orang semuanya ..
Mari kenali kami.. ~ ^^

~ Husna ~
[ dia hebat tapi dia kata dia x hebat ]

~ Waddah ~
[ nk tau hw? tny dia ]

~ Kak Akim ~
[ orang paling bes dibuli.. haha XD ]

~ Zulfa ~
[ muka time sedih/marah/serunuk adalah sama ]

~ Ctie ~
[ mocel ~ ]

~ Cunni ~
[ adik angkut kak tim ]

~ Aqilah ~
[ salah sorg geng suka memekak kt blkg ]

~ Zu ~
[ suka bising pasal orang lain dalam kelas. ehe~ ]

~ Fika ~
[ pemberi pinjam pensel + pemadam yang setia ..^^ ]

~ Ecot ~
[ a.k.a. Sharifah Aisyah..-bak kata ust isha- kah3 ]

~ Tmatul ~
[ kaki dia masih berbalut ]

~ Aizul ~
[ radio emas tulen. hoho ]

~ Asma' ~
[ rajin, baik.. pe lg ? ]

~ Insyirah ~
[ periuh kelas no 1 ]

~ Fiza ~
[ along bukit beruntung.. a.k.a ceti kelas ]

~ Kioh ~
[ hebat addmath ]

~ Mayy ~
[ oren.. oren.. dan masih oren ]

~ Bella ~
[ comel.. heh ]

~ Kak Wi ~
[ huih. garang~ ]

~ Adam ~
[ ketua kelas berkaliber! ]

~ Afif ~
[ ceti kelas ]

~ Ehsan ~
[ pencakar langit ]

~ Zul ~
[ gelak xleh bla ]

~ Hazim ~
[ komando masyab ]

~ Bdor ~
[ tough.. -bak kata cegu rushida- haha XD ]

~ Adil ~
[ sukan.. sukan.. dan sukan..]

~ Zaid ~
[ pemberi soalan terpelik dalam kelas ]

~ Nafis ~
[ hebat addmath ]

~ Aieman ~
[ em. ntah ]

~ Hariz ~
[ putih ]

~ Zuhairi ~
[ bdk baru yg slalu kena buli. haha ]

~ Fuhairah ~
[ Adiputra ke2. ]

~ Najid ~
[ suka tido dalam kelas ]

~ Azizi ~
[ al-Barq ]

~ Acid ~
[ taktik tido terhebat dlm kls yang cegu jarang prsn ]


p/s : sapa yang terasa, maaf ye. 'tak' sengaja. heh ~ ^^ gurauan semata2 ..