31 January 2010

Chee-Chak

. bayangkan situasi ini.

di sebuah dataran yang luas
beribu-ribu ekor cicak sedang berhimpun
mengadakan demonstrasi dan rapat umum
memegang sepanduk, mengikat bendera jihad di kepala2 mereka
semangat memberontak berkobar-kobar dalam diri

angkatan tentera polis tidak kurang juga hebatnya
beratus-ratus anggota turun padang beserta senjata
FRU mengepung dataran sambil alat pemedih mata di tangan
kelihatan beberapa trak polis membawa pergi cicak-cicak extreme yang dikhuatiri dapat mengeruhkan suasana
timbunan ekor-ekor cicak juga diangkut pergi oleh trak DBKL
ada yang terputus akibat dipijak
dan ada yang sengaja diputuskan sebagai tanda protes

di tengah-tengah dataran
kelihatan ketua cicak sedang gah berdiri di atas pentas yang disediakan khas
cukup lengkap dengan sound systemnya
ketua cicak mula mengambil microphone
dan dengan bantuan speaker,
suaranya mula bergema ...

" Wahai rakyat cicak-cicak sekalian.. hari ini kita berhimpun di dataran ini, tidak lain dan tidak bukan, semata-mata untuk mempersoalkan bagaimanakah kita mampu meneruskan kehidupan kita sedangkan kita hanya mampu merayap tetapi semua mangsa makanan kita bersayap ? Ini tidak adil ! Kita sepatutnya diberi sayap untuk memudahkan kita untuk mencari makanan. Jika tidak, kebuluran lah kita !! "

lantang sang ketua cicak berbicara
baginya, keadaan sekarang ini perlu diubah
keadilan patut ditegakkan untuk masyarakat cicak

seruan ketua cicak disahut oleh rakyat sekeliannya
"kami mahu sayap!"
"kami mahu sayap!"
"kami mahu sayap!"
"takbir!!"
"allahuakbar!!"

begitulah suasana tegang yang berlaku ..
.
.


namun persoalannya, pernahkah anda melihat keadaan sebegini?
pernahkah anda lihat ribuan cicak berhimpun di dataran merdeka?
mahupun di hadapan masjid negara?
tidak pernah, bukan?

ini kerana, keadaan tersebut tak pernah dan tak akan terjadi
mereka (cicak) sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada
walaupun tak dikurniakan sayap, tetapi mereka diberi kelebihan yang lain untuk meneruskan kehidupan mereka dan untuk memburu mangsa

mereka dikurniakan lidah yang panjang
yang mampu menangkap setiap mangsa yang leka
meskipun dalam jarak jauh 1 meter

mereka dikurniakan pelekat ajaib pada tangan dan kaki mereka
yang membolehkan mereka memanjat dinding2 rumah
cicakman pun kalah

mereka tak pernah mempersoalkan kenapa mereka dijadikan sedemikian
mereka redha, mereka akur

tetapi kita?
kita kerap kali mengeluh dan sering bertanya
"kenapa aku dijadikan begini begini, sepatutnya aku begitu begitu.."
kita memprotes ciptaan Allah
kita mempersoalkan kejadian-Nya
kita patut bersyukur
kerana dilahirkan sebagai seorang manusia
sebaik-baik kejadian.
sempurna.


renung-renungkan.
dan selamat beramal ~



3 orang main tulis-tulis:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
: cot 30°= tan 60° : said...
This comment has been removed by the author.
amin.mh said...

fuh
analogi yg menarik