28 September 2008

Tag ~


Maaf ye semua .. saya lambat men'tag' bende ni sbb sibuk dgn persiapan raye.. hehe..
dan rakan-rakan yang saya tag ialah .....
1. Nabilah
2. Alya Kuki Monster
3. Fatimah Amira
4. Aimi Hanisah
5. Aaaaaaa~~ xtauuu ~~
Sebenarnya saya sendiri tidak mengerti tujuan atau pun motif atau ape kejadahnyer tag ini di tag dan di tag kepada orang lain .. Mengapa ya ?? Hmmmm ... ~~~

21 September 2008

Anial dan Almond London [ or is it London Almond ?? ]

Alkisah seorang budak yang terlalu taksub dengan Almond London [ or London Almond ] ...

Oleh kerana ketaksuban yang telah mencapai peringkat tertinggi, maka tatkala dia berjumpa dengan sang Almond London tercinta .. akan ditatap coklat tersebut sehabis2nya .. sehingga dia sendiri tidak mengenal dirinya sendiri ....




" Huih .. mamat mane mulut comot nh ?? "

" Haha .. Gaye mcm kmbeng pon ade ... "


" Hahahaha.. Awat ler lawak bebeno muke mamat nih ... "

" Aduh2.. tak tahan aku nak gelak ... Muke xleh bla.. "


" Kah3 ... Kah3 ... Kah3 ... "

Hatta, dia terus ketawa dan ketawa di depan komputer tanpa menyedari bahawa itu adalah dirinya sendiri .. sian btol bdak nih ....

20 September 2008

Kisahku dan Caramel

Alkisah pada suatu hari .....
Setengah jam selepas melantak 4 caramel di bawah kanopi...
Me : Eyh.. caramel tadi maner?? byk lg en ??
Meme : Da kasik banin ..
Me : Hah ?? Ala.. asal gi bagi.. ana nak makaaaaaaan lagi ~!!!!!

Maka, daku terus kempunan dan kempunan ingin makan caramel ..... Terus dan terus kempunannn .. Nak pegi beli kat bazaar. tp malas.. Hm.. taper ar.. biarlah hasrat itu sekadar hasrat semata-mata ... Sedang ku mengelamun jauhhh ......

TING TONG !!
Daku pun disuruh pergi membuka pintu dan menyambut tetamu.. Aduh.. malasnyerr..
Ku lihat Arif, anak jiran sebelah tercegat depan pagar sambil memegang sesuatu dalam plastik .. Ku terfikir.. Hm.. ape lak die bwk ari ni ?? [ Die rajin bwk makanan utk jiran2.. baik btol bdak nih ... Smgt kejiranan yang tinggi !! ]
Tanpa berfikir panjang.. daku mengambil plastik dan membuka nya. .. Jeng3..

CARAMEL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WAAAAAAAAAAA !!!
Daku menjerit keriangan .. hahaha .. ~ Abah kate.. " Hm.. doa da trmakbul "
Alhamdulillah.. dapat jua ku ketemu sang caramel... Nyam3

12 September 2008

Ceritera Danial Ep 2

Alkisah seorang budak baru mendapat songkok dan baju melayu baru untuk hari raya ...


" Waahh.. hensemnyer aku.. x sangke pulak aku nih ala2 Shah Rukh Khan ... "

" Haiyaahh ~~ ade gaye Ninja Turtle x?? "

" Aiseh.. jap2.. apsal lak gatal kepale aku nih ... "


" Bukak jap ah.. "

" Huih !! Kutu !! Padan la... "

" Oi.. ape pandang2 haaa ??!!! X penah tgk kutu ke?? "

10 September 2008

Jika Anda Bertanya ...

Jika anda bertanya ...
Mengapa saya gembira ?
Maka saya akan menjawab...
" Kerana kamu ... "

Jika anda bertanya ...
Mengapa saya sedih ?
Maka saya akan menjawab...
" Kerana kamu ... "

Jika anda bertanya ...
Mengapa saya kecewa ?
Maka saya akan menjawab...
" Kerana kamu ... "

Jika anda bertanya ...
Mengapa saya ceria ?
Maka saya akan menjawab...
" Kerana kamu ... "

Jika anda bertanya dan terus bertanya ..
Mengapa saya itu Mengapa saya ini ..
Maka saya akan menjawab...
" Kerana kamu jua ... "

Apa tujuan saya tulis sebegini ? Sesungguhnya ia mempunyai maksud yang mendalam lagi terselindung. Maka, marilah kita bersama memahami dan mendalami maksud yang tersirat di balik yang tersurat...........

Ceritera Danial Ep 1

Ini adalah kisah benar mengenai seorang jejaka tampan yang gemar posing depan camera yang juga menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi hos rancangan sendiri ....


"Hmm ... ~~ Nak cakap ape yeh ~"



" Sat sat .. nak pikir sat... "

" Korek idong dulu arh sementare... "


" Ahahahaha.. Xde ah.. memaen jer... ~ ^^ "

p/s : Disebabkan keadaan inilah dia telah banyak kali direject dalam interview oleh beberapa syarikat rakaman ...

09 September 2008

Bahtera BN Karam di Lautan Sendiri

10 tahun Reformasi, bahtera BN karam?

Tarikh keramat 2 September lalu disambut oleh gerakan Reformasi dengan tertabalnya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar sekali gus dipersetujui oleh PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.Penasihat PKR boleh dikatakan antara ahli politik yang paling beruntung di Malaysia.

Sewaktu bersama Barisan Nasional, beliau memegang jawatan tertinggi seperti timbalan perdana menteri dan pernah merasai jawatan pemangku perdana menteri pada 1997 ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti keluar negara buat sementara. Sekarang apabila bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya di luar BN, Anwar menang dengan bergaya (majoriti yang besar) dan masuk ke Parlimen dan kini memegang jawatan paling berpengaruh dalam pakatan pembangkang iaitu ketua pembangkang bagi menggantikan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Usaha bunuh politik Anwar

Sepanjang tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos lalu, kita dapat saksikan bagaimana BN menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk media arus perdana untuk membunuh karier politik tokoh PKR itu.Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang berjanji untuk memastikan RTM memberikan laporan yang adil terhadap semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ternyata berbohong apabila saluran awam itu dijadikan sebagai mesin propaganda BN.Antara usaha-usaha BN untuk mengalahkan Anwar ialah dengan memupuk budaya bersumpah atas nama Tuhan.Sehari sebelum hari penamaan calon, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar. Sumpah laknat ini dilihat bertujuan mengurangkan sokongan orang Melayu terhadap Anwar kerana pengundi-pengundi Cina dan India tidak menjadikan isu sumpah sebagai faktor untuk memilih calon dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen itu.Akan tetapi sebaliknya yang berlaku.

Sewaktu hari penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang majoritinya orang Melayu hadir untuk memberikan sokongan kepada Anwar.Tidak cukup dengan sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful, timbalan perdana menteri Najib Razak juga bersumpah. Najib bersumpah bukan untuk mengakui bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar, akan tetapi untuk menafikan bahawa beliau pernah mengenali dan bertemu dengan seorang wanita Mongolia apabila sering dilemparkan tuduhan beliau ada hubungan dengan Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan menggunakan bom C4 pada 2006 (dan kini kes tersebut masih dibicarakan).Sumpah Najib juga gagal menarik perhatian orang Melayu untuk meninggalkan Anwar.

Bahtera mula karam

Dua hari sebelum 26 Ogos, hari pengundian di Permatang Pauh, bahtera Umno terlanggar dengan ketulan ais besar dan menyebabkan ia bergoncang. Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi kepada sumpah laknat Mohd Saiful, naik di atas pentas ceramah Pakatan Rakyat bersama-sama dengan mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat dan Anwar, mendedahkan bahawa beliau sebenarnya dipaksa oleh pihak atasan untuk menghadiri sumpah pemuda itu.Lemah lutut Najib dan jentera Barisan Nasional.

Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk mengesahkan sumpah Mohd Saiful setelah tercemar dengan pengakuan Ramlang. Namun ia langsung tidak dapat menahan ombak deras kebangkitan rakyat.Apabila keputusan pilihanraya kecil itu diumumkan, Anwar mendahului calon BN Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (calon Akim). Misi BN untuk mengurangkan majoriti Anwar gagal. Anwar menang dengan mendapat 31,195 undi berbanding dengan Arif Shah yang mendapat 15, 524 undi. Hanafi hanya mendapat 92 undi.Mohd Ezam Mohd Nor dan teman-temannya (yang belot daripada perjuangan PKR) sudah pasti mulai sedar tentang siapa diri mereka sebenarnya. Tanpa Reformasi dan gerakan rakyat, Ezam dan teman-temannya hanyalah manusia biasa.Ternyata kemasukan Ezam dan teman-temannya dalam Umno tidak membantu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Umno, akan tetapi ia menyebabkan pencapaian Umno dan BN lebih merosot berbanding dengan pilihanraya umum 8 Mac.

Semenjak petang lagi tidak ternampak seorang pun penyokong Barisan Nasional datang untuk menunggu keputusan pilihanraya tersebut diumumkan.Mungkin Barisan Nasional sudah mengetahui keputusan pilihanraya tersebut dengan lebih awal dan ramalan ini mendorong BN menyuruh kesemua penyokongnya untuk pulang meninggalkan Permatang Pauh yang terkenal dengan keenakan masakan Nasi Kandar Melayu.

16 September jadi kenyataan?

Hari ini, desas-desus Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September ini menjadi semakin kuat dengan kembalinya Anwar sebagai anggota parlimen. Dalam beberapa majlis, Anwar memberitahu media bahawa tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat masih lagi pada 16 September.Semalam, ketua perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangkakan lebih 40 ahli parlimen akan melompat daripada Barisan Nasional.Dengan penuh yakin Dominique Ng berkata, "Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."Perkembangan ini menggoyangkan lagi pimpinan-pimpinan BN kecuali Mohd Ezam. Dalam wawancara bersama akhbar Sinar Harian awal September yang lalu, Ezam mengatakan bahawa 16 September adalah dongeng ciptaan Anwar untuk mengalihkan perhatian. Persoalannya sekarang, percayakah Umno kepada cakap-cakap Mohd Ezam? Ujian demi ujian yang diberikan oleh Umno terhadap bekas ketua Pemuda PKR satu persatu menemui kegagalan.Pelbagai insiden berlaku seperti kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail bahawa Cina adalah kaum pendatang dan tidak boleh mendapat hak sama rata sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh menyuntikkan lagi vitamin kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.Parti komponen Barisan Nasional seperti parti Gerakan dan MCA juga telah mula bising dan membuat laporan polis terhadap Ahmad. Permohonan maaf Najib bagi pihak Umno kepada kaum Cina tidak dapat diterima. Mereka mahu Ahmad dikenakan tindakan tegas dan didakwa bawah Akta Hasutan.Jangan kita terkejut pada tanggal 16 September ini jika Gerakan dan MCA juga antara parti-parti komponen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat!Pertembungan dalaman UmnoKetika desas-desus 16 September hangat dibincangkan, pertelagahan demi pertelagahan berlaku dalam Umno.

Perebutan jawatan dan kekuasaan telah berada di tahap kemuncak. Baru-baru ini di Kota Bharu, seorang ketua Umno cawangan cedera parah akibat disimbah asid oleh lelaki yang tidak dikenali.Sementara itu pada mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Sungai Machang Hilir, Lenggeng kecoh dan berlaku kejadian tolak-menolak dan kejadian membaling telur tembelang.Dua insiden kecil ini antara contoh mengenai perpecahan yang sedang berlaku dalam Umno pada hari ini. Pemimpin-pemimpin Umno kini tidak lagi sayangkan parti mereka. Yang mereka pentingkan kini hanyalah jawatan dan kuasa. Melalui jawatan dan kekuasaan, wang mudah untuk diperolehi.

Pergaduhan dan pertelagahan akan berlaku dengan lebih banyak lagi menjelang perhimpunan agung Umno, Disember akan datang. Akan tetapi pada ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.Anwar dan Pakatan Rakyat berkemungkinan sudah berjaya mengaramkan bahtera Umno yang telah mengemudi negara semenjak 1957. Regim Umno dan Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan) yang tertua di dunia sedang berada dalam keadaan nazak. Setakat ini, tidak ada apa-apa ubat atau doktor pakar yang mampu menyelamatkan mereka.

oleh : Amin Iskandar, Malaysiakini ..

916 ??

16 September 1963..

Apa sejarahnya ??
Tanggal 16 September 1963, sebuah negara bernama Malaysia telah dibentuk. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Apa kaitan dengan 916 ??
916 .. Pembentukan kerajaan baru yang dijanjikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan kerajaan Malaysia hari ini yang kononnya negara 'Modal Insan' ..

Tercapai atau tidak sasaran 916 hanya terletak dalam kuasa Allah s.w.t. Kita hanya merancang tetapi Allah jualah yang menentukan .. Btui ??

--------------------------------------------------------------
BERITA DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

Najib: Lawatan tiada kaitan dengan 16 Sept
Sep 9, 08 12:19pm

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dakwaan bahawa 49 ahli Parlimen kerajaan telah dihantar mengikuti lawatan sambil pelajar di Taiwan bagi mengelak potensi ada yang melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September ini.Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, lawatan itu tidak ada kaitan dengan tarikh 16 September.Sehubungan itu beliau membidas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menetapkan tarikh 16 September untuk menubuhkan kerajaan baru dengan bantuan ahli-ahli parlimen BN yang melompat menyertai Pakatan Rakyat.Menurut Najib, adalah tidak bermoral untuk membeli ahli-ahli Parlimen tersebut kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi.Najib berkata, mereka adalah merupakan wakil rakyat BN yang dipilih oleh rakyat.Najib juga menafikan bahawa kerajaan membiayai lawatan lapan hari itu untuk meninjau perkembangan teknologi pertanian di Taiwan.Kumpulan pertama seramai 41 orang telah berlepas ke Taiwan semalam, manakala lapan orang lagi bertolak hari ini.Menurut Najib, lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional."Ia duit mereka dan mereka boleh buat apa yang mereka mahu selagi ianya produktif," tambahnya.

---------------------------------------------------------------
Paklah, Najib dan sekutu2 nya kini telah kecut perut dan melakukan segala helah dan tipu daya bagi mengelakkan 916 dr berlaku sedang mereka sendiri sedar bhw rakyat telah sedar dan mereka juga sedar bahawa rakyat kini tidaklah seperti mereka.. Hahahaha.. Oleh itu.. Marilah kita bangkit ~!! Bangkit memperjuangkan negara.. Demi AGAMA dan BANGSA.. ~ Jangan biarkan kita diperkotak katikkan.. dipandirkadukkan.. KITA RAKYAT MALAYSIA.. KITA JUGA PUNYA HAK !!

Dugaan oh Dugaan .. ~

Apa itu dugaan ??
Menurut kamus dewan .. Dugaan dapat didefinisikan sebagai .. Hmm.. Gi carik sendiri ar maksod die.. Huhu ^^
Dugaan nih semua dtg dr Allah utk menguji kite, btol dok??
Yahh.. Maka, hendaklah kita menerima dan menjalani semua dugaan dgn pnuh kesabaran..
Nak dipendekkan cerite..
Sebenarnya empunye diri nh tgh x sihat..
Sbb tu merepek x tentu pasal.. haha..
Saket?? Saket ape ??
Hm.. Alkisahh ........~

Tarikh : 8 Sept 08
Masa : Tengah hari
Tempat : 4 Tariq
Insiden :
" Tengkuuuu .. Saket....."
Maka Tengku pn menjawab ..
" Meh ana ubat meh .. nt saket sgt ker? Nk g klinik ke ? Nk gi ker ? [ pdhl nk ponteng klas ] "
" Xnak.. ana x suke doktor.. doktor jahat.. "
Maka Tengku berkata ..
" La... ade ke doktor jahat.. doktor nak ubatkan nt.. ape la "

Maka.. saya terus menderita dn menderita .. Kwn2 pn da naek cmas.. KUKUS semua tnyer.. " Ecot.. nt nh nper?? " Hingga smase Chem, air mata terus mengalir menahan kesakitan.. Namun ku cuba selindung semua keperitan itu.. Ku tahan.. Ku paksa.. Akhirnya.. Jam menunjukkan 2.30 .. Yah !! BALEK !!

-------------------------------------------------
Tarikh : 8 Sept 08
Masa : Petang
Tempat : Kedai Ummi
Insiden :
" Ummii ... saket.. ngn kpale2 saket nih .."
Maka Ummi pun menjawab ..
" Saba2.. Nnt mlm pegi klinik.. saba la dulu .. "
[ Gi klinik ? Huh ?? Nnt jumper doktor jahat.. tidaaak ~ tp nk semboh.. tp xnak.. sbb xnk gi skola esk .. Muahahahhaa.. Tp xper la.. pegi jer la .. ]

-------------------------------------------------
Tarikh : 8 Sept 08
Masa : Malam
Tempat : Klinik Kee, Taman Melawati
Insiden :
Kreeeeeekkkk.. Pintu bilik doktor dibuka ..
Doktor :"Saket ape nih ??"
[ Hak elah doktor nih.. aku dtg sbb saket.. die gi tanyer saket ape plak.. Cess ]
Doktor :"Hmm.. Nih da bengkak da nihh .. Saket ker??"
[ Mestilahhhhhhhh!! Kalo x.. wat per buang karan dtg sini .. Adoiii..]
Doktor :"Taper la.. Nnt doktor bagi ubat .. Mkn lpas brbuka, tgh mlm, dan sahur yer.."
[ Hm.. doktor nih xde la jht sgt.. Tp kan.. doktor nih memahami la gak.. walopn die bkn Islam.. tp die tau yg Umat Islam sdg berpuasa.. Tau plak die sahur ngn brbuke.. Huhu ]

Maka.. balek dari klinik.. saya pun mkn la ubat spt yg diarahkann .. Ok la gak.. Dpt ubat Painkiller, Antibiotic ngn ubat Chloramphenicol [ ubat ape nh ?? ] .. Sumenyer RM 38 .. Fuhh.. Cekik darah tol.. ubat nyer siket jer.. Hmm.. taper 2.. bile saye da besa nnt.. Bukak klinik free.. Kasik murah.. hahahahaha ^^ [ Sure bankrupt klinik haku .. ]

-------------------------------------------------
Tarikh : 9 Sept 08
Masa : Pagi
Tempat : Rumah
Insiden :
Sedang adek, kakak n abg tgh brsiap nk g klas masing2.. saya pergi menjenguk di bilik ummi..
" Ummi.. xmoh gi skola buleyh x?? ^^ "
" Naper ? Saket lg?? Hm.. Xmoh g skola sudah ... " Jwb ummi selambe..

Huhuhu.. Maka.. hari ini.. ( 9 Sept ) Saya pn x pegi la skola.. Dudok la di rumah keseorangan dn kebosanan .. Terbayang2.. Ape yg dorg tgh buat eh kt skola ?? Ape dorg blaja ?? Dorg kene mara lg ker?? Hmmmmm .. Maka fikiran itu terus melayang dan melayang dan melayaaaannggg... ~

Hmmm .. ??

Hahah.. Setelah didesak oleh seseorang beberapa kali.. saya mengambil keputusan .. Yah !! Mengambil keputusan untuk buat blog.. Snanyer menatang haper blog nih pun saya tidak mengerti.. Namun apa yang pasti lagi clear.. Saya buat bende alah ni sebab terlalu bosan duduk di rumah sedang orang lain ke sekolah menimba ilmu buat masa hadapan.. huhu ^^ .. Saya tengah ponteng nih.. huhu.. Neway.. Zu.. okay x?? Ana tatau ape ana merapit nih.. Huhhu