09 September 2008

916 ??

16 September 1963..

Apa sejarahnya ??
Tanggal 16 September 1963, sebuah negara bernama Malaysia telah dibentuk. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Apa kaitan dengan 916 ??
916 .. Pembentukan kerajaan baru yang dijanjikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan kerajaan Malaysia hari ini yang kononnya negara 'Modal Insan' ..

Tercapai atau tidak sasaran 916 hanya terletak dalam kuasa Allah s.w.t. Kita hanya merancang tetapi Allah jualah yang menentukan .. Btui ??

--------------------------------------------------------------
BERITA DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

Najib: Lawatan tiada kaitan dengan 16 Sept
Sep 9, 08 12:19pm

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dakwaan bahawa 49 ahli Parlimen kerajaan telah dihantar mengikuti lawatan sambil pelajar di Taiwan bagi mengelak potensi ada yang melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September ini.Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, lawatan itu tidak ada kaitan dengan tarikh 16 September.Sehubungan itu beliau membidas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menetapkan tarikh 16 September untuk menubuhkan kerajaan baru dengan bantuan ahli-ahli parlimen BN yang melompat menyertai Pakatan Rakyat.Menurut Najib, adalah tidak bermoral untuk membeli ahli-ahli Parlimen tersebut kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi.Najib berkata, mereka adalah merupakan wakil rakyat BN yang dipilih oleh rakyat.Najib juga menafikan bahawa kerajaan membiayai lawatan lapan hari itu untuk meninjau perkembangan teknologi pertanian di Taiwan.Kumpulan pertama seramai 41 orang telah berlepas ke Taiwan semalam, manakala lapan orang lagi bertolak hari ini.Menurut Najib, lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional."Ia duit mereka dan mereka boleh buat apa yang mereka mahu selagi ianya produktif," tambahnya.

---------------------------------------------------------------
Paklah, Najib dan sekutu2 nya kini telah kecut perut dan melakukan segala helah dan tipu daya bagi mengelakkan 916 dr berlaku sedang mereka sendiri sedar bhw rakyat telah sedar dan mereka juga sedar bahawa rakyat kini tidaklah seperti mereka.. Hahahaha.. Oleh itu.. Marilah kita bangkit ~!! Bangkit memperjuangkan negara.. Demi AGAMA dan BANGSA.. ~ Jangan biarkan kita diperkotak katikkan.. dipandirkadukkan.. KITA RAKYAT MALAYSIA.. KITA JUGA PUNYA HAK !!

1 orang main tulis-tulis:

Namya Dizay said...

teruja ana baca bab politik tu... dah lama x bukak harakah daily, m'sia online... tapi nasihat ana hati-hati dalam menuturkan bicara...