09 May 2009

Aku Kehilangan Kau.

hari ini aku kehilangan kau.
aku kehilangan kau, teman baikku
yang sentiasa berada dgn aku, yang sentiasa temani aku, yang sentiasa bersama aku
aku sayang kau
tapi aku terpaksa terima hakikat yang aku kehilangan kau hari ini.
kau tinggalkan aku.
tanpa kata. tanpa nota. tanpa amaran.
aku tahu aku bod** kerana aku masih mengharap kau kembali
aku masih mahu kau disisi
aku tak mahu kehilangan kau
aku tak boleh TERIMA hakikat ini !!

kenapa? kenapa kau tinggalkan aku sesingkat ini?
aku tahu kita baru berkenalan beberapa minggu
tapi bagi aku, kau sudah seperti lama aku kenal
aku suka bersama kau, kawan2 aku juga senang dengan kau
kerana kau cantik,comel. hensem pun ada

tapi tempoh persahabatan kita.. mengapa begitu singkat ??
aku tak puas hati.
aku mahu bertemu kau lagi.
aku rindukan kau.
aku rindu MASA kita bersama.
MASA itu tak mungkin berulang tanpa kau.
kerana hanya kau mampu beri aku MASA itu.
kau beri aku petunjuk tatkala aku terkapai2 tanpa bantuan.
aku mungkin terlena tanpa kau
aku mungkin lalai tanpa kau.
kau !

tapi aku sedar.
kau tiada lagi di dunia ini.
kau tiada lagi untuk bimbing aku supaya aku tak lalai.

tepat jam 3:56:50 pm. kau tinggalkan aku.
semalam, kau masih ada bersama.
tapi hari ini?
aku tak sangka kisah kita bakal melabuhkan tirainya

petang tadi,
aku lihat adik aku keluarkan kau dari tempat itu.
aku lihat mayat kau terbujur kaku.
wajah kau seolah2 kabur.
kau lemas, tubuh kau basah.
aku cuba goncangkan kau!!
aku cuba!!
tapi..
kau tetap kaku. kau tidak berganjak walau sedikitpun
kau tidak bergerak
kau tidak memberi RESPON !
aku tergamam.
akhirnya...
adik aku memberitahu aku bahawa kau sudah tiada.
kenapa aku lupa nak buat CPR dekat kau??!!


tahukah kau betapa hancurnya hati aku tatkala itu?
betapa berkecainya harapan aku selama ini?
betapa pilunya hati aku mengenangkan kau.
aku mula berlinangan air mata
aku diselubungi perasaan sebak dan kesal.
aku patah hati

selama ini, tak pernah aku hargai kehadiran kau
aku sangka kau teman biasa
tapi rupanya tidak,
aku terlalu menyayangi kau sebenarnya, cuma aku tak tunjukkan.
aku tahu
tak pernah aku jaga kau seperti menatang minyak yang penuh
tak pernah aku sayangi kau sepenuh jiwa ragaku
tidak ku sangka kelalaian ku menyebabkan kau pergi..
SELAMANYA ...

maafkan aku.
ini semua salah aku.
aku yang tinggalkan kau
terdampar ,
berenang sendirian..
di dalam..













WASHING MACHINE itu ..
maafkan aku, duhai ahmad jam bin jalur-jalur bin kale2.




jangan lupa datang tahlil 7 hari 7 malam nanti.

9 orang main tulis-tulis:

dj said...

*sobs*

AL-FAATIHAH.

......


HAK3 ECUUT KO SENGAL.
Ana dah ragu2 bile nt caps lock kat "MASA" tu XD

So, I guess I was right.
Tapi ayat tak bley blah!

: cot 30°= tan 60° : said...

to dj,
huuu. sebak nih sebak.
jangan lupa datang tahlil 7 hari 7 malam nnt eh.

bawak duit sekali,
sedekah kat keluarga mangsa. XD

-.rashid.- said...

salam takziah,
walaupun sengal tp simpati
sbb x smpt buat CPR!
hahahahaha

dena said...

Pernah kena tamparan wanita tak ecot? HAHAHAHAHA

: cot 30°= tan 60° : said...

to rashid :
haha, tu ah
sdeh tol xleh praktikkan ilmu PC yg dipelajari,
gahahahha

: cot 30°= tan 60° : said...

to dena :
em, rasa2nya tak pernah
nk try.. haha

JAMpi said...

keJAMan..ish3
keSIANan..kuang3
nnt die kasik ah yg br
x yah riso
cepp
kuikuikui
minx je
~~

: cot 30°= tan 60° : said...
This comment has been removed by the author.
: cot 30°= tan 60° : said...

to JAMpi :

haha, tul gak en.
nanti boleh die belikan jam kalis air
barulah tak jadi mangsa lemas dah
hahahahahhahahahahhaa =)