25 April 2009

Takrim .. ?!!

alhamdulillah, takrim telah selamat dilangsaikan pada 25 April 2009.
haha, takde yang special sgt pun takrim kali ni. maybe sebab x ramai geng dan rasa kesepian di tengah riuhan orang ramai. XD
tahun lepas punya takrim best je. sbb hampir satu batch ada. riuh rendah jadiknye. ^^
macam biasa lah, orang semua berebut2 ambik hadiah. haha. semua naik pentas muka bajet bagus. bangga lah tu dapat hadiah. =)
kebanyakannya dapat piala pusingan dengan sijil. ade la jugak yang berapa kali dia naik pentas pun taktahu. asek2 muka dia. haha. sape lah tu..
oh ya, rasa nya pihak penganjur tertinggal satu anugerah khas.
buat syahirah ahmad kamal yang berjaya naik ke pentas dan terima hadiah dalam masa 28 saat sahaja ! mantapp ~! [ walaupun org lain ambik 8 saat je ]. tapi tetap berbangga dengan pencapaian hebat itu. tahniah puan tahniah ! ngee

yang paling mengharukan, time part pelajar mithali tuh. pergh, rase nak nanges. haha bajet.
x, serius. serius. heh.
cukup terharu dengan kata ketua pelajar kita tahun lepas,

" Allah hilangkan MENTARI kita, dan Allah beri kita guruh beserta hujan, kita terus menangis mencari dimanakah mentari kita, namun selepas itu, Allah kurniakan sang PELANGI yang lebih indah untuk kita .. " - au kama qal -

ketika itu, terbit satu perasaan jauh di lubuk hati. PERASAAN APAKAH ITU ? entah lah. mungkin tiba2 semangat nak belajar muncul ntah dari mana. rasa macam time tu jugak nak buat semua homework, nak baca buku, nak study group. rasa nak dapat 11A1. rasa nak berusaha 101% ! tapi kemudiannya lenyap. sepi.
biasalah tu. hangat-hangat tahi ayam. haha XP

time part family kak sharifah aminah kat atas pentas lagi syahdu. fuh ~ tahan je air mata dari mengalir. T~T
tetiba terbayang..
macam mane lah keadaannya nanti takrim tahun depan?
terbayang2 wajah2 sang penerima hadiah buat keputusan spm nya. ada yang bangga . ada yang gembira. dan ada jua yang mungkin hanya menumpang gembira. ah! tak sanggup.
terbayang2 wajah rakan2 yang bakal berpisah untuk jangkamasa yang panjang, mungkin juga selama2nya. semua mengambil hala tuju masing2. jumpa lagikah kami? mesra lagikah kami? kenal lagikah kami?
saat itu, kekal lagikah persahabatan ini setelah berabad lamanya berpisah?
suasana persekolahan takkan berulang. ya benar! tahun ni tahun LAST.
dah2..
sebak ni sebak. haha =)



p/s : maaf gambar tiada. mereka tak bagi tangkap gambar. o_0

0 orang main tulis-tulis: