17 December 2009

Dah Lima Tahun ..

hari ni 17 disember. the day after spm. hari ni orang dah start buat macam2. ada yang qadha' tidur, ada yang qadha' game, ada yang pegi shopping sampai gila, ada yang pegi camping kat alang sedayu, macam-macam... biaselah, budak baru habis spm. semua jakun.

sebulan dulu, kita rasa. wargh. lamenye spm. 5 minggu? nak bunuh orang ke ape? ni keje muhyidin yasin la ni bla bla bla.. tapi semalam. eh? dah habis? aku mimpi ke ape ni?

itu baru sebulan. tapi sedar atau tak, kita dah 5 tahun di sekolah menengah islam al-amin. dah tua tapi tak sedar diri. rasa macam kejap gila. tapi bila imbas kembali :

masa kita form 1.

  • igt tak dulu kita semua muka toya. muka innocent. kita masuk sekolah dengan lipat tudung senget dan macam indon. pakai kopiah tutup mata. kita tak perasan kita nampak hodoh. kita ingat senior2 senyum dekat kita sebab kita comel. kita tak faham apa2.
  • igt tak kita dulu semua kecik2 tembam2. sekarang semua dah tinggi dan segak bergaya. aku sorang je tak tinggi-tinggi. hahahahaha
  • igt tak dulu 1 tabari conquer tempat teratas dalam carta kebersihan. tapi kita sendiri tak tau kenapa.
  • igt tak dulu kalau ust hasli masuk kelas, 5 minit kompem semua lentok. bila ust tanya, "ok?" kita jawab, "ok....." dengan mata kuyu yang hampir terpejam. kesian ust. kita jahat kan dulu. tapi bila guru pentaksir dtg, kita semua berlakon belajar dengan tekun. hebatlah tu konon.
  • igt tak dulu kita semua suka ikut tagline, " aa .. sikit lagi sikit lagi " dengan mimik muka yang macam nak terkentut. kesian tuan empunya tagline. haha
  • igt tak dulu cegu arash bagi kerja sejarah suruh siapkan masa cegu takda. tapi kita igt cegu main2. kita tak buat pun. sekali cegu masuk. semua kena lari pusing dataran 5 kali tengah2 panas. kecuali azlina dan muizzah. tapi kita masih tak serik.
  • igt tak dulu kita main lastik2 dalam kelas. banin lah. suka hati main baling2. sekali kena panggil dengan abang senior. kena ikrar, "kami berjanji takkan main lastik-lastik lagi". entah berapa kali ayat itu diulang. kesian.

kemudian, kita naik tingkatan 2. kita semakin matang. tapi,

  • igt tak dulu kita main air dalam kelas pakai botol. selamba dan tak kesah apa. cegu zalina dapat tau. semua kene hadap ke muka pengadilan. akibatnya, kita kena basuh toilet ramai2. best!
  • igt tak dulu kita kena lari panjat sekolah. i mean, pakai tangga. bukan abseiling. kita kena lari bersungguh supaya dapat pergi xpdc. kita igt xpdc tu bunyi macam best. mmg best pun. kita terpaksa naik turun naik turun sekolah sampai lebam. tapi masa tu semangat kita terlalu tinggi untuk dipatahkan. eceh. tapi tak semua yang pergi. ada yang malas, ada yang tak larat, ada yang pegi kenduri kawin, ada yang.. haih. macam2.
  • igt tak dulu kita berjaya tawan puncak gunung hijau. semua muka bangga dan kembang hidung bila sampai kat atas. dah rasa macam tawan gunung everest. tapi masa perjalanan turun kita diberi ujian. jumpa2 macam. siap dengan kes org hilang lagi. tapi itu yang ajar kita bekerjasama.
  • igt tak dulu dekat belakang kelas 2 hab ada nama2 yang ditulis. tapi ada lah makhluk-makhluk perosak yang pegi conteng nama2 tu. mmg menyirap betul time tu. rasa macam nak pakai ridsect bunuh makhluk-makhluk tersebut. ridsect, tak beri peluang kepada nyamuk.
  • igt tak dulu masa tasawwur kita main kuiz2. kita memang hebat masa tu. semua kreatif dan inovatif. ada yang buat ala2 kunci khazanah la roda impian la. mantap. lepas tu main macam nak roboh sekolah dibuatnya.
  • igt tak dulu ada yang membuat pembakaran terbuka di kelas 2 sat. nak practise jadi bomba agaknya.

kita semakin besar. kita naik tingkatan 3.

  • igt tak dulu kita baru nak tubuhkan batch. kita gaduh2 pilih nama .. matang 15 la ape la.. semua nama tak matang langsung. haha. tapi akhirnya, ikhwanul fifteen pilihan hati.
  • igt tak dulu kita suka gaduh2. bukan gaduh tapi terpaksa. haha. kita tak puas hati dgn pengurusan batch. kita tak puas hati dgn arep. kita bangkang bila mereka nak buat katibah. semua kita tak suka.
  • igt tak dulu .. aku pun tak ingat apa jadi masa form 3. lu pikir la sendiri. haha

masa berlalu. kita semakin dewasa. boleh berfikir dengan matang. kita sudah form 4

  • igt tak dulu f4 la masa penuh ujian dan dugaan. kita baru belajar erti kedewasaan. cewah. kita hadapi konflik2 yang cukup hebat.
  • igt tak dulu f4 gaduh memang hobi kita. kita tak pernah puas dengan apa-apa yang berkaitan dengan wafdul amin. kita marah2. ajk itu.. ajk ini... mmg tak pernah puas ati. tapi kita tak tolong. kita buat derk. tapi kita marah. pelik. tapi itu sebahagian sahaja. ada yang menolong dan berusaha walau dikecam hebat. memang tabik ah.
  • igt tak dulu kita kena buat oral. kita berlakon sampai tak ingat orang. ketuk2 kepala orang. tapi aku rasa aku sorang je macam tu. T~T
  • igt tak dulu kita berjaya sampai di kampung beng bersama2. kemudian kita naik bot. semua jakun. main celup2 air macam kerbau tak pernah jumpa air. kita goyang2 bot tu. konon nak takutkan orang. tapi sendiri yang takut. kita duduk bersama keluarga angkat kita. kita makan makanan yang tak pernah kita makan. kita pergi mandi air terjun. kita pergi memancing. kita pergi lawat rumah2 orang malam-malam. kita dengar kugiran. kita masak ramai2. kita macam-macam. walaupun wafdul amin berjalan dengan tak berapa lancar, tapi w.a. tetap tinggalkan kesan yang mendalam kepada kita.

dan akhirnya.... kita menjejakkan kaki ke alam senior, tingkatan 5. kita ingat form 5 boleh buli adik2. tapi tak, lagi kena jaga ada lah. kita terpaksa berlakon baik sebab semua pandang kita. kita dah tak nakal. semua macam matang semacam. bosan. haha. semua belajar dengan tekun kecuali aku. tak tak. segelintir sahaja yang belajar betul2 sebab ramai lagi yang main2. semua tak sedar diri. bajet spm jauh lagi. sedar2 esok dah spm. baru nak cuak.

tapi tingkatan lima lah yang banyak mengajar kita. susah senang semua kita hadapi bersama. hulurkan tangan ringankan beban. bersamamu. kenangan terlalu banyak untuk diingat kembali. some remained untold while the rest is history..

huuuhuuuu.. dah2. aku dah sebak ni. haha