06 July 2009

Noktah !

tengok kanan, buku
tengok kiri, buku
tengok depan, buku
tengok belakang atas bawah utara selatan timur barat,
semua orang baca buku
tapi di tangan sendiri?
kenapa tiada buku?

lantas diri memikir,
spm lagi 4 bulan............
maka,

blog perlu di belakang, kerana spm di hadapan
msn perlu di belakang, kerana spm di hadapan
game perlu di belakang, kerana spm di hadapan
tidur dalam kelas perlu di belakang, kerana spm di hadapan
main kejar2 perlu di belakang, kerana spm di hadapan
lepak makan aiskrim perlu di belakang, kerana spm di hadapan
balik awal perlu di belakang, kerana spm di hadapan
sak kepal perlu di belakang, kerana spm di hadapan

namun, apa yang penting ialah apa yang berada di hadapan spm.
mungkinkah sebuah kejayaan atau sebaliknya? dan mungkin juga..
PLKN.

usaha tangga kejayaan.
fake it till u make it.

*tiada lagi perblogan selepas ini, kita jumpa selepas SPM.
Noktah.