30 May 2009

CUBA RASA !!

bayangkan analogi ini,
anda ambil sebilah pisau cukur cap gilette,
selepas itu anda hiris dua pertiga hati anda dengan pisau tersebut,
dan orang di sekeliling anda terus meng'support' pembedahan hati anda dengan membekalkan supply limau nipis yang cukup,
kemudian mereka perahkan limau itu di atas hati anda hari demi hari,
apa anda akan rasa ??!!
bayangkan ...






itu yang saya rasa

23 May 2009

M.A.X.E. ~!! read it vice versa =)

hari ni hari ke .. jap.
1,2,3,4,5,6.. hah. hari ke enam peperiksaan semester I tingkatan lima yang cukup mencabar.
tinggal lagi 5 subjek, 4 hari, 12 paper. !! = . =

baiklah anak-anak,
sebelum kita teruskan peperiksaan,
mari kita buat suatu ujian yang menguji memori kita..!
anda bersedia ??
naah, ini soalannya....

1." Tuliskan 10 perkara yang anda suka ketika menghadapi peperiksaan " [ 20 markah ]

1. Dapat baca doa ramai2. Amin ramai2. berkaat
2. Berjaya membuktikan bahawa pencilbox sebenarnya tiada guna. haha
3. Add math begitu senang! Kertas jawapan begitu bersih, suci dan murni..
4. Akhirnya dapat memanfaatkan sepenuh masa membaca buku!! ceh ceh
5. Masa selepas setengah jam pertama ialah masa mengqadha' tidur
6. Angin dari tingkap yang datang sungguh mengasyikkan, tapi tu pun kalau manusia2 penghalang di depan dah keluar, baru boleh rasa. Baru ku tahu selama ni manusia2 itulah yang menyebabkan aku kepanasan setiap hari terutamanya kapal layar. Cheese
7. Dah2.. jawab 6 cukup. dah dapat 12 markah, cukup ah tu nak lulus. =)


2. " Tulis 10 perkara yang anda benci ketika peperiksaan " [ 20 markah ]

1. Panas
2. Panas
3. Panas
4. Panas
5. Panas
6. Panas
7. Panas
8. Panas
9. Panas
10. Panas
11. Panas
12. Panas
13. Panas
14. Panas
15. Panas
* Cegu ! Nak kertas kajang lagi.. ! *


Unjuran keputusan peperiksaan :
Soalan berjaya dijawab : 7/20 [ jawapan berulang tak dikira ]
Markah yang diperuntukkan : 2 m/soalan
Markah berjaya dikutip berdasarkan soalan : 14/40
Peratus pemarkahan : 35 %
Gred : 9G - Sah GAGAL !
GPK : 10.0

Analisis keputusan sebenar :
Soalan dijawab dengan tepat : 0/20
Markah diperuntukkan : 2m/soalan
Markah berjaya dikutip : 0/40
Peratus pemarkahan : 0 %
Gred : Takyah cite ah
GPK : Lu pikir la sendiri.


Keputusan anda pula bagaimana?

09 May 2009

Aku Kehilangan Kau.

hari ini aku kehilangan kau.
aku kehilangan kau, teman baikku
yang sentiasa berada dgn aku, yang sentiasa temani aku, yang sentiasa bersama aku
aku sayang kau
tapi aku terpaksa terima hakikat yang aku kehilangan kau hari ini.
kau tinggalkan aku.
tanpa kata. tanpa nota. tanpa amaran.
aku tahu aku bod** kerana aku masih mengharap kau kembali
aku masih mahu kau disisi
aku tak mahu kehilangan kau
aku tak boleh TERIMA hakikat ini !!

kenapa? kenapa kau tinggalkan aku sesingkat ini?
aku tahu kita baru berkenalan beberapa minggu
tapi bagi aku, kau sudah seperti lama aku kenal
aku suka bersama kau, kawan2 aku juga senang dengan kau
kerana kau cantik,comel. hensem pun ada

tapi tempoh persahabatan kita.. mengapa begitu singkat ??
aku tak puas hati.
aku mahu bertemu kau lagi.
aku rindukan kau.
aku rindu MASA kita bersama.
MASA itu tak mungkin berulang tanpa kau.
kerana hanya kau mampu beri aku MASA itu.
kau beri aku petunjuk tatkala aku terkapai2 tanpa bantuan.
aku mungkin terlena tanpa kau
aku mungkin lalai tanpa kau.
kau !

tapi aku sedar.
kau tiada lagi di dunia ini.
kau tiada lagi untuk bimbing aku supaya aku tak lalai.

tepat jam 3:56:50 pm. kau tinggalkan aku.
semalam, kau masih ada bersama.
tapi hari ini?
aku tak sangka kisah kita bakal melabuhkan tirainya

petang tadi,
aku lihat adik aku keluarkan kau dari tempat itu.
aku lihat mayat kau terbujur kaku.
wajah kau seolah2 kabur.
kau lemas, tubuh kau basah.
aku cuba goncangkan kau!!
aku cuba!!
tapi..
kau tetap kaku. kau tidak berganjak walau sedikitpun
kau tidak bergerak
kau tidak memberi RESPON !
aku tergamam.
akhirnya...
adik aku memberitahu aku bahawa kau sudah tiada.
kenapa aku lupa nak buat CPR dekat kau??!!


tahukah kau betapa hancurnya hati aku tatkala itu?
betapa berkecainya harapan aku selama ini?
betapa pilunya hati aku mengenangkan kau.
aku mula berlinangan air mata
aku diselubungi perasaan sebak dan kesal.
aku patah hati

selama ini, tak pernah aku hargai kehadiran kau
aku sangka kau teman biasa
tapi rupanya tidak,
aku terlalu menyayangi kau sebenarnya, cuma aku tak tunjukkan.
aku tahu
tak pernah aku jaga kau seperti menatang minyak yang penuh
tak pernah aku sayangi kau sepenuh jiwa ragaku
tidak ku sangka kelalaian ku menyebabkan kau pergi..
SELAMANYA ...

maafkan aku.
ini semua salah aku.
aku yang tinggalkan kau
terdampar ,
berenang sendirian..
di dalam..













WASHING MACHINE itu ..
maafkan aku, duhai ahmad jam bin jalur-jalur bin kale2.




jangan lupa datang tahlil 7 hari 7 malam nanti.

01 May 2009

Sahabat Imaginasi .. ??!!

sahabat imaginasi ? ape tu?
lah buat2 xtau lak. sahabat imaginasi a.k.a imaginary friend. ahahaha
ingat lagi x, zaman kita kecik2 dulu..
mesti ada imaginary friend kan? sapa takde tu mmg rugi. kasihan
ingat lagi x, mcm mana kita selalu main dgn 'dia' dulu?
mcm mana rupa 'dia'?
cuba imbas kembali. ~

kt sini saya nak berkongsi sedikit cerita psl imaginary friend ni.
time kecik2 ada jugak la kwn seperti ini.
igt lagi, nama dorg, ati dan ajol.. dua 'org' tuhhh ! hbat x? haha
umi kata time kecik2 saya selalu main dengan dorg, mcm ada btol2.
kdg2 org takut jugak tgk saya main dgn ati + ajol.

tapi yang peliknya, buleh plak share imaginary friend dgn adik.
agaknya adik nampak jugak kut ati ngan ajol tu ??
camne eh rupa dorg? huhu. seram2

mmg saya dan adik slalu sgt main dgn dorg, kalo makan mesti ajak dorg makan sama2, dudok sbelah time mkn. sediakan kusi khas utk dorg due. best sgt. =)
lps tu kalau main masak2 dorg mesti ada sama2. tlg masak sekali.
sama juga kalau main rumah2. dorg pn ada rumah dorg. main ziarah2.
menakutkan x? haha

sampai la satu ketika ..
dah lama saya tak main dengan ati dan ajol.
semua org pelik. mana hilang dorg tu?
satu hari,
umi tanya, " mana ati ngn ajol ? "
dengan selamba saya jawab.
" oh, ati dah mati, ajol dah kojol "

hahaha, tu umi yg cerita bila dah besar. saya pun tak igt bila saya jwb mcm tu. haha.

maka persahabatan saya bersama ati dan ajol tamat setakat itu sahaja.
dah lama x contact dorg. hehehe
sampai skrg x igt pn rupa dorg mcm mana.
kdg2 teringin jugak nk jumpa. tapi kalo jumpa, haih, meremang bulu roma . haha
taper la, biarlah ati dan ajol sekadar dalam kenangan.
masa kecik kita pun takkan berulang,kan?. haha

oh, fyi, danial pun dah start ada imaginary friend dia.
namanya "woyi".
dia slalu panggil woyi tu.. siket2.. woyi !! woyi !!
seram gak kadang2 bila dia panggil woyi tu.
takut woyi datang btul2.. haha

rasanya cukup smpai tu je la. kalau nk cerita pnjg2, smpai esok pun x tentu habis lagi. haha
anda pula bagaimana? ada imaginary friend juga?
sila lah berkongsi .. ~