27 April 2009

Selamat Hari Istimewa .. !

Hari ini 27 April 2009.
Selamat Hari Teristimewa buat insan istimewa yang merasakan dirinya istimewa kerana hari ini hari istimewa yang meng'istimewa'kan insan-insan yang istimewa dan terasa amat istimewa kerana hari ini sungguh istimewa !
huh!..
tidak kisahlah apa pun makna hari ini pada anda, ia tetap hari yang istimewa.
bagi saya, hari ini satu titik perubahan yang mungkin kan mengubah sesuatu yang besar . semoga saya tak menyesal atas keputusan ini. Insya Allah.

tapi
Sebenarnya,
SELAMAT HARI JADI buat Hamizah yang sudah mencecah usia 17 tahun! haha.
dan juga buat @#%*#!#$@^&~ .
Selamat hari lahir .
Semoga menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Ingat, lebih tua usia kita, lebih suntuk masa kita untuk dijemput Illahi.

Oh lagi satu, selamat hari tapir sedunia. Marilah kita bersama memartabatkan maruah tapir di mata dunia. X)

25 April 2009

Takrim .. ?!!

alhamdulillah, takrim telah selamat dilangsaikan pada 25 April 2009.
haha, takde yang special sgt pun takrim kali ni. maybe sebab x ramai geng dan rasa kesepian di tengah riuhan orang ramai. XD
tahun lepas punya takrim best je. sbb hampir satu batch ada. riuh rendah jadiknye. ^^
macam biasa lah, orang semua berebut2 ambik hadiah. haha. semua naik pentas muka bajet bagus. bangga lah tu dapat hadiah. =)
kebanyakannya dapat piala pusingan dengan sijil. ade la jugak yang berapa kali dia naik pentas pun taktahu. asek2 muka dia. haha. sape lah tu..
oh ya, rasa nya pihak penganjur tertinggal satu anugerah khas.
buat syahirah ahmad kamal yang berjaya naik ke pentas dan terima hadiah dalam masa 28 saat sahaja ! mantapp ~! [ walaupun org lain ambik 8 saat je ]. tapi tetap berbangga dengan pencapaian hebat itu. tahniah puan tahniah ! ngee

yang paling mengharukan, time part pelajar mithali tuh. pergh, rase nak nanges. haha bajet.
x, serius. serius. heh.
cukup terharu dengan kata ketua pelajar kita tahun lepas,

" Allah hilangkan MENTARI kita, dan Allah beri kita guruh beserta hujan, kita terus menangis mencari dimanakah mentari kita, namun selepas itu, Allah kurniakan sang PELANGI yang lebih indah untuk kita .. " - au kama qal -

ketika itu, terbit satu perasaan jauh di lubuk hati. PERASAAN APAKAH ITU ? entah lah. mungkin tiba2 semangat nak belajar muncul ntah dari mana. rasa macam time tu jugak nak buat semua homework, nak baca buku, nak study group. rasa nak dapat 11A1. rasa nak berusaha 101% ! tapi kemudiannya lenyap. sepi.
biasalah tu. hangat-hangat tahi ayam. haha XP

time part family kak sharifah aminah kat atas pentas lagi syahdu. fuh ~ tahan je air mata dari mengalir. T~T
tetiba terbayang..
macam mane lah keadaannya nanti takrim tahun depan?
terbayang2 wajah2 sang penerima hadiah buat keputusan spm nya. ada yang bangga . ada yang gembira. dan ada jua yang mungkin hanya menumpang gembira. ah! tak sanggup.
terbayang2 wajah rakan2 yang bakal berpisah untuk jangkamasa yang panjang, mungkin juga selama2nya. semua mengambil hala tuju masing2. jumpa lagikah kami? mesra lagikah kami? kenal lagikah kami?
saat itu, kekal lagikah persahabatan ini setelah berabad lamanya berpisah?
suasana persekolahan takkan berulang. ya benar! tahun ni tahun LAST.
dah2..
sebak ni sebak. haha =)



p/s : maaf gambar tiada. mereka tak bagi tangkap gambar. o_0

15 April 2009

~Ini bukan cerita saya~

. cerita ini bukan cerita saya.[sape nk pcaye sile, sape xnak sudah].

. cerita ini berkisar tentang kisah hidup seorang insan yang hanya mahu dikenali sbg Shah Jehan.
. dan juga saudaranya bernama Yam Jehan. HAHA.
~~~~~

. alkisah.. di suatu ptg, mereka berdua bersama seorang wanita dan anak lelaki kecil yang tidak buleh didedahkan identitinya telah pergi ke suatu pusat pemulihan yang terletak di Lesayang kerana Shah Jehan dan saudaranya sering mengadu di atas ketidaksihatan mereka.
. maka pada hari itu, mereka pergi berjumpa tabib [ bukan bomoh. hrp mklum ].
. setibanya mereka di pusat pemulihan tersebut.mereka dapati begitu ramai rakyat2 jelata yang sedang menunggu giliran mereka menemui sang tabib.
. maka dengan rela hati, Shah Jehan dan sanak-saudaranya terpaksa menunggu sehingga hampir sepurnama.
. sedang mereka penat menunggu, akhirnya tiba giliran mereka .
. Seorang tabibah [ muannath ] memanggil nama mereka.. " Shah Jehan !! "
. maka SJ pun masuklah berjumpa sang tabib yang menunggu di satu ruangan di pusat tersebut.
. sang tabib bertanya akan kesusahan yang dialami oleh SJ.
. SJ pun menjawab bhw dia sering mengalami kemerengan otak serta kehempapan dan ketidakselesaan yang melampau.
. Tabib pun berkata : " oh saya faham. anda pegang ini."
. lalu tabib tersebut menyerahkan objek ganjil berbentuk silinder sebesar jari kelingking [btul ke eja?] untuk di genggam di tgn knn SJ.
~~~~~~
. kemudian tabib meletakkan jari tgn kirinya diatas sekeping objek ganjil lagi tapi kali ini ia berbentuk petak berwarna hitam berkilat. seperti scanner lagaknya.
. manakala tgn kanannya mengawal seekor tetikus .
. kemudian keluar di skrin paparan komputernya satu bentuk manusia dan bahagian2nya.
. tabib tersebut meng'scan' melalui gambar tersebut.
. kata tabib tersebut kpd SJ, "jika apabila saya meng'scan' bhgn bdn dan keluar suatu bunyi ganjil ala2 menggosok magnesium strip dengan sandpaper, maka di bhgn tersebut ada sedikit kemusykilan yang perlu diselesaikan".
. SJ menggangguk tanda fhm meskipun dia x brp nak faham.
. tnp membuang masa, tabib tsebut meng'scan'lah.. dan didapati dua tempat berbunyi.
. tabib tsebut meng'zoom'kan bahagian tsebut dan mengenal pasti kwsn sebenar punca kebunyian kepelikan itu.
~~~~~
. kata tabib, SJ mempunyai sedikit masalah 'rapu-rapu' dan juga 'rigmaine' .
. tabib menambah lagi, 'rapu-rapu' SJ mungkin ada jangkitan dari organisma2 takpatut dan 'rigmaine' itu berpunca dari 'tama' SJ yang tidak buleh menerima cahaya Sang Tamahari secara direct. kena pakai sunglasses kut.
. SJ tekejut dan terkilan.[ xpsl2]
. tapi kata tabib, jgn bimbang. insya allah x kronik jika dijaga dengan betul.
. tabib berkata lagi, beliau akan cuba merawatnya dengan gelombang. entah gelombang alpha atau gamma. wallahua'lam.
. maka sang tabib tadi melakarkan suatu petak di bahagian 'rapu-rapu' dan satu petak lagi di kepala SJ di atas skrin komputer tersebut.
. kemudian, kedengaran bunyi gelombang seakan2 bunyi alien mendarat.
. ala2 bunyi Jadoo dalam cerita hindustan tuh.
. SJ sendiri dapat merasai sedikit gelombang kecil sedang berjoget2 di tangannya.
. kemudian setelah habis pemindahan gelombang tersebut, tabib pun meng'scan' skali lagi.
. ternyata 'rapu-rapu' dan kepala SJ tidak berbunyi lagi .
. SJ ketawa riang ^^.
. tapi kata tabib, bukan bererti masalah SJ hilang sepenuhnya. itu hanya sekadar gelombang.
. SJ sendiri tidak tahu fungsinya. hmmmm .
. tabib menambah lagi bahawa dia akan memberi ubat berbentuk kecil seperti telur beduru dan juga 'mind tonic' kpd SJ memandangkan SJ bakal menghadapi satu ujian terbesar dalam hidupnya.
~~~~~~
. selesai sudah tabib memeriksa SJ. kemudian tiba giliran Yam Jehan [YJ].
. cara rawatan nya sama. cuma YJ mempunyai masalah p*t*****y g***d sket. patutlah perangai dia macam itu. HAHA .
. cukup setakat itu. mereka pun meminta izin utk beredar dari situ.
. tabib memberitahu jika tiada perubahan, datang berjumpa lagi dalam jangkamasa 2 purnama.
. tabib juga memberitahu bahawa ada tenaga pengajar di Maktab Perpelajaran Al-Main yang juga turut hadir ke situ.
. Antaranya ialah Ustaz Azizan dan juga Ust Solihin.
. "huh. x sangka. heh~" kata SJ.
. SJ diberi 4 jenis ubat. 1 ubat air yang perlu diminum setiap 15 minit . tapi satu malam dah habis. dan 3 ubat lain dalam bentuk telur beduru kecil2 berwarna putih.
. tapi SJ suka makan ubat tu suka hati dia. tak ikut nasihat tabib. haha.

~~~~~

. begitulah kisahnya. mungkin panjang . tapi ini adalah kisah benar. meskipun ada sedikit mitos yang diselitkan.^^
. saya tidak bertujuan apa2 dengan membawa kisah ini kepada anda. cumanya, meskipun cara pemulihannya sungguh mantap. tapi kita tidak buleh sekadar bergantung pada tabib sahaja bukan? Kita hanya merancang, hanya Allah menentukan. Maka kita perlulah meletakkan tawakkal dan sepenuh pengharapan kepada-Nya Yang Maha Esa.

Pengajaran :
" belajar cara scan orang. haha. xyah amek medic. heh "


Maklumat lanjut :
tanya SJ sendiri. [ tu pun kalau anda tahu la siapa gerangannya ] haha~

10 April 2009

~ Danial dalam Versi yang Lain~

. Apa berlaku bila anda memakaikan tudung mahupun sehelai bandana di atas kepala seorang kanak2 lelaki ? .
. Inilah hasilnyaaa ~ .










. Ini adalah Danial .
. Caption diambil didpn webcam .
. Dia teruja tgk wajahnya memakai bandana .
. Bile tgk gmbar ni balek, die kate ..
" Kakak .."
. die sndiri igtkn gmbar tu gmbar bdk pompuan.
. lol~ .